KUALA LUMPUR: Arab Saudi telah mengurangkan insurans premium jemaah haji daripada 109 Riyal (RM127) kepada 29 Riyal (RM34), iaitu penurunan sebanyak 73 peratus.
Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah turut mengumumkan pengurangan premium insurans komprehensif untuk menunaikan umrah daripada 235 Riyal (RM274) kepada 88 Riyal (RM103).
Berucap pada majlis perasmian persidangan dan pameran 'Ekspo Haji 2023' pada Selasa, menteri itu berkata tempoh visa umrah juga akan dilanjutkan daripada 30 hari kepada 90 hari.
"Seperti pemegang visa Umrah yang kini boleh melancong di seluruh pelusuk negeri, pemegang visa lain juga dibenarkan menunaikan umrah," menurut kenyataan itu.
Al-Rabiah juga menjelaskan bahawa mulai tahun ini, semua pengelola jemaah haji boleh membuat kontrak dengan mana-mana syarikat berlesen di Arab Saudi dan tidak hanya membabitkan beberapa syarikat terpilih seperti sebelum ini.
"Beliau menekankan peranan kementerian dalam meningkatkan daya saing dengan memberi peluang kepada pengelola jemaah haji untuk menjalin kontrak dengan beberapa syarikat dan bukannya satu syarikat seperti sebelum ini," kata kenyataan itu.
'Ekspo Haji 2023', anjuran Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dari 9-12 Jan, 2023, adalah sebahagian daripada usaha berterusan kementerian untuk membina ekosistem perkhidmatan dan penyelesaian inovatif dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada jemaah haji sambil meningkatkan pengalaman beribadah dan budaya tempatan. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023
Arab Saudi telah mengurangkan insurans premium jemaah haji daripada 109 Riyal (RM127) kepada 29 Riyal (RM34), iaitu penurunan sebanyak 73 peratus. - Gambar fail AP
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian, tahfiz dilanjut - Amirudin
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz di Selangor dilanjutkan.
Mahkamah tolak pengakuan bersalah lelaki penggal kucing
Mahkamah Sesyen Kuching menolak pengakuan bersalah seorang penganggur lelaki yang dituduh memenggal kepala seekor kucing milik jirannya.
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Arab Saudi nasihat umat Islam tidak terpedaya iklan palsu haji di media sosial
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi pada Isnin menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa haji tidak sah
Pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Haji: Jemaah Malaysia diingat jaga nama baik negara, patuh peraturan baharu Saudi
Roslan berkata, dikenakan penalti dan pengusiran itu adalah selaras dengan peraturan baharu untuk musim haji tahun ini.
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.
Negara Barat cadang henti penjualan senjata dan sekat pemindahan teknologi ke Israel
Perbincangan itu bertujuan untuk melibatkan sebanyak mungkin negara dalam pakej "elemen tekanan" yang mengandungi cadangan mengenai sekatan ruang udara.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.